
Lalat oleh RMZuha
di kalangan benda kecil, saya memilih lalat forid

Apakah lalat forid?
Lalt forid atau scuttle fly (Diptera: Phoridae) adalah kumpulan serangga yang paling sukar dikaji kerana kepelbagaian tingkah laku larva dan morfologi lalat dewasa. Di habitat semulajadinya, lalat forid adalah pebangkai, herbivor, fungivor, pemangsa, kleptoparasit dan parasit kepada organisma lain. Kebanyakan spesies lalat forid juga adalah pengurai dan berguna sebagai petunjuk forensik dalalam siasatan kematian.
Spesies di Malaysia
Kini terdapat lebih daripada 140 spesies lalat forid yang terdiri daripada lebih 30 genus di Malaysia. Jumlah ini ibarat 'puncak aisberg' yang mana terdapat lebih banyak spesies bakal diterokai pada masa hadapan!

Cabaran utama
Pengecaman spesies lalat forid amat sukar dilakukan kerana kekangan taksonomi yang disebabkan oleh kehilangan spesimen rujukan dan panduan pengenalpastian spesies dari Malaysia yang terhad. Proses pengecaman lalat forid memerlukan pemerhatian yang teliti kerana saiznya yang kecil (0.4 mm – 6.0 mm) serta dimorfisme seksual dalam banyak spesies. Adalah dipercayai bahawa pada awalnya, terdapat banyak lalat forid jantan dan betina daripada spesies yang sama dinamakan sebagai spesies berbeza.

Tanggungjawab
Sebagai langkah berterusan untuk membangunkan pengkalan maklumat lalat forid Malaysia, matlamat kami adalah untuk mengkaji serta dan merungkai rangka kerja taksonomi lalat forid melalui pendekatan seni dan sains. Kami mengalu-alukan penyertaan anda untuk turut serta dalam penerokaan ini dan berkolaborasi.

